Hari ini hari untuk membeli belah barang-barang berkaitan basikal yang dirasakan perlu. Tengahari aku singgah sekejap di Rodalink Putrajaya sebelum ke Alamanda. Di Rodalink, aku sempat membeli
Nuun Active Hydration Tablet dengan
Podium Chill.
Nuun Active Hydration Tablet tu adalah sejenis tablet untuk dicampurkan ke dalam air dan diminum ketika kayuh. Podium Chill tu pulak adalah botol air berteknologi tinggi sama taraf roket NASA. Ehem! Ehem!
 |
| Nuun Active Hydration Tablet. Harga: RM32 |
 |
| Podium Chill. Harga: RM45 |
Sebelah petangnya, aku pergi ke kedai basikal Jami di Kajang untuk pulangkan
paddle basikal yang aku pinjam 3 minggu lepas. Di kedai Jami pulak, aku beli
paddle Shimano 105, tiga keping Power Bar, dua tiub dan nyaris-nyaris terbeli rangka basikal
Fondriest R10. Huh!
 |
| Total harga kesemuanya adalah RM177. |
 |
| Memang nyaris-nyaris terbeli. Tapi, terpaksa bersabar selama 3 bulan dulu. |
Okey, malam ini perlu rehat yang cukup. Esok pagi pukul 7 sudah kena ada kat tempat berkumpul seperti biasa di Putrajaya. Aktiviti esok berkayuh daripada Putrajaya - Bagan Lalang - Putrajaya sejauh 120 km.
PS: Sebelum merehatkan diri secukupnya, aku perlu layan movie seram tempatan sebagai penutup aktiviti malam ini.
Bole bgtau tak kedai basikal jami tu kat area mana dlm kajang?tq
BalasPadamNi alamat kedai Jami:
BalasPadamJami Bike Centre
No.22A-GL,
Cuepac 2A Taman Koperasi Cuepac,
Batu 12 Jalan Cheras
Kajang,
Selangor.
Ini petanya: http://tinyurl.com/7xpurt2
Tq pahlawan basikal :)
BalasPadam