Membeli Belah di Rodalink Putrajaya dan Kedai Basikal Jami Kajang

Hari ini hari untuk membeli belah barang-barang berkaitan basikal yang dirasakan perlu. Tengahari aku singgah sekejap di Rodalink Putrajaya sebelum ke Alamanda. Di Rodalink, aku sempat membeli Nuun Active Hydration Tablet dengan Podium Chill.

Nuun Active Hydration Tablet tu adalah sejenis tablet untuk dicampurkan ke dalam air dan diminum ketika kayuh. Podium Chill tu pulak adalah botol air berteknologi tinggi sama taraf roket NASA. Ehem! Ehem!

Nuun Active Hydration Tablet. Harga: RM32

Podium Chill. Harga: RM45

Sebelah petangnya, aku pergi ke kedai basikal Jami di Kajang untuk pulangkan paddle basikal yang aku pinjam 3 minggu lepas. Di kedai Jami pulak, aku beli paddle Shimano 105, tiga keping Power Bar, dua tiub dan nyaris-nyaris terbeli rangka basikal Fondriest R10. Huh!

Total harga kesemuanya adalah RM177.

Memang nyaris-nyaris terbeli. Tapi, terpaksa bersabar selama 3 bulan dulu.

Okey, malam ini perlu rehat yang cukup. Esok pagi pukul 7 sudah kena ada kat tempat berkumpul seperti biasa di Putrajaya. Aktiviti esok berkayuh daripada Putrajaya - Bagan Lalang - Putrajaya sejauh 120 km.

PS: Sebelum merehatkan diri secukupnya, aku perlu layan movie seram tempatan sebagai penutup aktiviti malam ini.

Ulasan

  1. Bole bgtau tak kedai basikal jami tu kat area mana dlm kajang?tq

    BalasPadam
  2. Ni alamat kedai Jami:

    Jami Bike Centre
    No.22A-GL,
    Cuepac 2A Taman Koperasi Cuepac,
    Batu 12 Jalan Cheras
    Kajang,
    Selangor.

    Ini petanya: http://tinyurl.com/7xpurt2

    BalasPadam
  3. Tq pahlawan basikal :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Susurmasa 2019: Tahun yang PALING MENCABAR!

Novel Sulung Aku: Krisis Foxtrot - Kontra

Selamat Tahun Baru 2021 — Aku tak nak lewat dah!