Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tripaku

Sejarah Ringkas Putrajaya Night Ride

Imej
Aku rasa ada di antara korang sememangnya tahu tentang nama ' Putrajaya Night Ride ' atau dengan nama ringkasnya adalah ' PNR '. Tapi aku percaya ramai tak berapa nak tahu tentang sejarahnya. Aku mula-mula kayuh basikal dulu tahun 2010 sorang-sorang je. Dua minggu selepas tu jumpa geng-geng basikal dalam ruang sembang Bicycle Buy Sell (BBS). Dari situ aku kenal beberapa kawan dan mula berkayuh dengan diorang iaitu Faizul, Opie dan Iskandar. Di kedai mamak Presint 14. Kami bertiga kayuh setiap malam hari Selasa, Khamis dan Sabtu pagi. Laluan pada waktu itu bermula di Masjid Putra dan adakalanya di Mahkamah Putrajaya, melalui jalan sepanjang Presint 2, Bukit Alamanda, Cyberjaya, PICC dan pulang ke Masjid Putra. Laluan ini Faizul punya idea. Aku dan beberapa rakan lain ikutkan sahaja. Nak harapkan aku, kirim salam je le. Laluan pergi balik kerja aku terer lah! Pada satu hari yang aku dah lupa hari apa, tetapi masih lagi di tahun 2010, Faizul telefon aku a...