Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel triathlon

Temuramah: Triathlete Muda yang Serius

Imej
Pahlawan Basikal: Assalamualaikum Fariz. Lama tak nampak kau kayuh sekarang. Ada " secret training" ke? Fariz Atraz: Waalaikumussalam. Tak ada lah! Aku tengah sibuk dengan jemputan kenduri kahwin. Maklumlah, cuti sekolah lah katakan. Ni pun kejap lagi ada lagi jemputan kenduri kahwin. Pahlawan Basikal: Oklah Fariz, kita mulakan sesi temuduga terbuka kita ni sebelum kau pergi kenduri kahwin kejap lagi. Fariz Atraz: Okey. Pahlawan Basikal: Boleh kau ceritakan tentang siapakah kau dan apa matlamat kau dalam bidang yang diceburi sekarang ini? Fariz Atraz: Okey, nama aku Fariz Atraz Fauzi dan berumur 21 tahun. Aku terjebak dengan bidang sukan Triathlon ni sejak berumur 17 tahun. Ketika itu, aku lebih kepada sebagai perenang relay Kumpulan Maktab Tentera. Setahun selepas itu pula, aku mula melakukan sukan Triathlon secara individu. Fariz Atraz, ketika latihan. Triathlon adalah sukan yang aku paling minati. Sebabnya, tak semua orang mampu berenang, berbasikal da...

Temuramah: Bersama Ironman Muda

Imej
Pahlawan Basikal: Assalamualaikum Lee. Terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan aku malam ni. Fadhli Khairon: Waalaikumussalam. Aku pun nak ucapkan terima kasih kat kau kerana sudi menemubual aku :) Pahlawan Basikal: Okey Lee, boleh kau ceritakan serba sedikit tentang diri engkau secara umumnya kepada pembaca blog aku? Fadhli Khairon: Orait, nama aku Fadhli Khairon dan kawan-kawan panggil aku Lee. Bekerja di Rodalink, Putrajaya. Hobi aku berbasikal, lari dan berenang. Ketika di Port Dickson Triathlon 2011. Pahlawan Basikal: Bila kau mula berbasikal secara serius? Fadhli Khairon: Aku mula serius sangat dengan basikal ni pada tahun 2007. Inilah pertama kali aku sertai perlumbaan Dualthlon seumur hidup aku. Dualthlon ni dianjurkan oleh UM Malakoff University Siri 2007. Kau boleh ke laman web http://www.duathlonseries.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka. Pahlawan Basikal: Baiklah Lee, sebut tentang basikal, aku ada perasan masa kita kayuh setiap...