Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tri-paku

Tri-Paku Nite Ride: Laluan Sejauh 43 km yang Selesa

Imej
Setiap Jumaat sememangnya hari kayuhan kesihatan Tri-Paku Night Ride; dan berbelas-belas penunggang basikal turut serta. Pelbagai jenama basikal akan ada seperti Scott, Specialized, BMC, Pinarello, Proton, Fondriest, Merida dan jugak jenama-jenama yang aku sendiri tak ingat namanya. Tetapi, malangnya aku tak dapat turut serta kayuhan kesihatan yang berprestij ini akibat betis aku tercedera sejak Rabu lepas. Ikut hati memanglah nak kayuh jugak. Tetapi, atas nasihat jurulatih ilusi aku melarang aku daripada terus mengikut hati. Tak apalah, sebagai menunjukkan komitmen terhadap kayuhan tersebut, aku menawarkan diri sebagai kereta pengiring. Tugas aku adalah menarik pelaton selaju 45 km/j sejauh 43 km. Seorang Ahli Bomba sedang mengepam basikal. Seorang usahawan dengan jersi Tri-Paku. Kayuhan bermula jam 9:50 malam dan ianya agak lewat seperti biasa yang sepatutnya 9:30 malam. Laluan juga sudah sedikit bertukar dan ianya lebih banyak bukit daripada laluan yang sebelumnya. ...