Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tiub bocor

Kemalangan Maut sewaktu ke Bagan Lalang. Akibatnya, 3 Tiub Bocor!

Imej
Kita sudah di penghujung bulan April. Beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan. Memang cepat sungguh masa berlalu. Sebelum datangnya Ramadan, aku akan cuba mendapatkan cerita-cerita menarik untuk dimuatkan ke dalam channel YouTube aku. Jadi aku akan sertai apa jua kayuhan, janji ada footages yang menarik untuk dikongsikan dengan anda semua. Oleh sebab itu aku pun dengan eksyennya turut serta kayuhan ke Bagan Lalang semalam. Itulah... Walau pun aku kerap bonk , perasaan eksyen ni sukar untuk dibuang jauh-jauh. Aku bersembang polis trafik sekejap. Tiba-tiba ada seorang Pahlawan Basikal menegur aku kat situ. Seperti biasa kami akan berkumpul di Presint Diplomatik. Cuma sejak akhir-akhir ini lokasi di dalam Presint Diplomatik kerap berubah-ubah. Sewaktu aku berbual dengan polis trafik yang sedang bertugas di persimpangan lampu isyarat, aku disapa oleh YB Azian. "Farizal!" tempik seseorang dari dalam kereta di simpang lampu isyarat di situ. Aku agak...