Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tips

Apa Ada Dalam Poket Jersi Aku?

Imej
Kali terakhir aku kayuh basikal adalah pada Isnin minggu lepas. Sekarang ni dah lebih seminggu aku tak kayuh. Risau jugak kalau-kalau aku mula kayuh balik kaki aku akan kekejangan tahap 4. Kalau waktu kerja memang aku payah nak kayuh sebab aku akan sampai rumah lewat malam. Melainkan hari jumaat sebab esoknya cuti. Jadi semangat nak kayuhnya agak tinggi. Dalam waktu rehat sebegini, aku terfikir mahu membuat video untuk berkongsi tip-tip tentang basikal. Sebagai pembukanya aku buatkan satu video tentang perkongsian tips dan letakkannya di channel Youtube aku. Kepada yang berbasikal pasti terlintas di fikiran  —  apa yang ada dalam poket belakang teman-teman sekayuh kita waktu itu. Kepada yang tidak punyai basikal pula mungkin terfikir benda yang sama jugak. Kadangkala poketnya hingga terjojol punyalah dasyat  —  tak tahu apa benda yang dibawanya sekali waktu sedang kayuh basikal. Jadi, dengan inisiatif yang tidak seberapa ini aku pun dengan rajinnya buatlah sa...