Tri Paku: Kayuhan Memperingati Mendiang Teoh PK
Pada hari Jumaat lepas, kayuhan khusus memperingati mendiang Teoh PK telah berjalan lancar dengan penyertaan 40 penunggang basikal pelbagai jenama; dari merata pelosok daerah dan mukim. Dari Ipoh pun ada - Jangan memain! Kepada sesiapa yang tidak tahu berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang basikal pada 26 Mac 2011, 8.15 pagi di lebuhraya MEX Putrajaya; sila ke sini: http://ondscene.my/kemalangan/malang-seorang-pelumba-basikal . Okey, mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut di bawah: Ini lah pengasas kumpulan TRI PAKU. Sedang mendengar taklimat mengenai keselamatan ketika menunggang basikal sekejap lagi. Ketika ini salah seorang pengasas kumpulan TRI PAKU sedang berucap. Tandatangan di atas baju setiap penunggang basikal pada malam itu. Baju tersebut akan diserahkan kepada keluarga mendiang Teoh PK. Berhenti rehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain yang masih berada di belakang. Aku tak pasti kenapa semu...