Cerita Dua Minggu
Sekarang ni aku tengah sibuk fokus channel Youtube Pahlawan Basikal. Dalam 24 hari ini aku sudah terbit sebanyak 12 video. Isi kandungan videonya pula terdiri daripada vlog, ulasan produk berkaitan basikal dan juga aktiviti berbasikal aku. Bagi waktu terdekat ini aku akan buat satu lagi kategori berkenaan tip berbasikal. Ini kerana dalam cerita-cerita aku yang lepas melalui blog ini mungkin agak terhad isi kandungan mahupun capaian khalayaknya. Maka, aku fikir ada baiknya aku perkembangkan bentuk penyampaiannya agar lebih luas dan santai — iaitu melalui video. Sekarang ini ramai yang suka menonton Youtube. Aku sendiri pun macam tu, habis video Youtube aku geledah. Daripada video bagaimana mahu menternak ikan paus hinggalah cara-cara membaiki tombol pintu tandas. Walaupun begitu, ini tidak bermakna aku mahu tingalkan terus blog aku ini. Aku pun tak tahu berapa ramai yang membacanya, tapi blog ini ada sentimental value dalam hidup aku. Perlu diingatkan, tidak semua isi kandung...