Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sky team

Kayuhan Bagan Lalang Edisi "Tanpa Had Kelajuan"

Imej
Dalam jarak waktu yang terdekat ini, sudah dua kali kayuhan menghala ke Bagan Lalang dilakukan; iaitu pada 27hb November pada minggu lepas dan juga yang terbaru pada hari semalam iaitu 4hb December. Kayuhan pada minggu lepas bersama Kumpulan Sri Petaling seramai 13 orang ke Bagan Lalang bermula dari Taman Seri Empangan, Putrajaya yang jauhnya hanya 106 km dengan kelajuan purata 28.5 km/j selama 3j : 44m : 17s. Bagan Lalang - Bersama Kumpulan Sri Petaling. Kayuhan terkini ke Bagan Lalang bersama Kumpulan Jami Bike Centre seramai 16 orang iaitu semalam bermula daripada Taman Koperasi Cuepacs, Kajang yang mengambil masa 4j : 9m : 10s sejauh 121.19 km dengan kelajuan puratanya 29.2 km/j. Jami Bike Centre - Inilah tokei kedai basikal Jami Bike Centre yang terletak di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang. *Gambar hak milik Fadzil Seperti biasa, kalau kayuh dengan kumpulan ini bermakna tema Sky Team serta Pinarello Dogma masing-masing akan mendominasi sepanjang kayuhan berlangsu...