Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel shimano

Bro, Bila Lu Mau Update Blog Pahlawan Basikal?

Imej
Itulah soalan yang diajukan kepada aku ketika sedang mengayuh basikal. Aku pun cakap yang aku sedang sibuk dengan pelbagai perkara duniawi seperti menaiktaraf basikal, membeli-belah dan bercuti. Memang itu yang membantutkan aku untuk terus mengemaskinikan blog ini. 4 minggu lepas, aku balik kampung untuk berjumpa dengan rakan-rakan sekampung dan bersembang di kedai mamak sampai 2:30 pagi tentang basikal. Salah seorang rakan aku tersebut baru sahaja membeli basikal 'road bike' jenama Polygon model Helios 500 dan memerlukan bantuan aku untuk mencari jersey, bib dan kasut di Putrajaya. Katanya, dia tak tahu benda-benda ni semua dan takut tersalah beli. Ketika di kampung, aku sempat membeli HTC One X dengan harga RM2050. Kecomelannya sama taraf Jessica Alba. Jadi, aku pun peruntukkan selama 3 jam daripada masa aku untuk mencari barang-barang tersebut di Rodalink Putrajaya. Kebetulan, Rodalink Putrajaya sedang cuba menghabiskan stok lama dengan harga yang mena...

Sepanjang 5 Hari di Awal Bulan Puasa

Imej
Hari ini hari ke 5 kita berpuasa - Ini bermakna selama 5 hari aku tak ada langsung aktiviti sukan, baik basikal atau pun berlari. Sekiranya aku ni sebahagian rakyat di Cachimbo, Brazil kemungkinan besar aku akan dihadapkan ke mahkamah Juvana dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Walaupun di awal minggu Ramadan ni tanpa aktiviti sukan, aku masih penuhkan masa aku dengan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati aku sendiri - Menunggu barang-barang ebay yang aku beli. Setakat ni, baru satu barang je sampai iaitu jersey Kelly Benefit Strategies - OptumHealth Pro Cycling : eBay - Pakej yang aku beli 2 minggu lepas di eBay. eBay - Jersey Kelly Benefit Strategies eBay - Buatan U.S.A Jersey ini aku beli dengan harga USD34.84 dan penghantarannya mengambil masa selama 12 hari. Kualiti kainnya juga berbeza dengan jersey buatan China yang pernah aku pakai. Satu barang dah sampai dan lagi 3 barang masih dalam perjalanan. Beberapa Jersey, Seluar dan Kasut untuk Dijual Oh y...