Lanun di Men's Health & Shape Night Run 2011
Pada hari Sabtu 30hb Julai lepas, aku berkesempatan menghadiri larian Men's Health & Shape Night Run 2011 di Putrajaya. Larian tersebut bermula di hadapan Palace of Justice pada jam 8.30 malam dan ianya sejauh 12.3 km. Sebenarnya, aku menyertai acara ini tanpa mendaftar. Ini adalah disebabkan acara ini terlalu mendapat sambutan luar biasa dan mengakibatkan pendaftaran ditutup lebih awal. Aku sudah usaha sehabis daya sehinggakan menghubungi pihak penganjur melalui telefon - Jawapan yang aku terima ternyata hampa. Pukul 1.30 petang, aku sempat makan spegeti. Aku masak sendiri tau! Ketika aku sampai, orang dah nak mula lari. Masa acara bermula, telefon Sony Ericsson Vivaz Pro aku buat hal pulak. Tengah ambik gambar, boleh pulak hanged . Jadi, aku terlepas babak terpenting dalam sejarah Men's Health & Shape Night Run - Aku terlepas babak ketika larian dimulakan! Berseni habis gambarnya. Sampaikan lubang hidung ada berapa pun tak nampak. Dah le banyak bua...