Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel scott addict r3

Senjata Hitam Putih - Scott Addict R3 Model 2010

Imej
Pos kali ini, aku mahu memperkenalkan senjata aku yang berwarna hitam & putih secara lebih dekat lagi dengan para pembaca blog BrekKejap.com. Aku akan terangkan seperinci mungkin agar anda boleh jadikan panduan untuk membeli basikal yang penuh perisa karbonat pada tahun 2012 yang bakal menjelang tiba. Inilah basikal aku: Scott Addict R3 Model 2010. Nadi paling utamanya adalah bingkai basikal itu sendiri - iaitu jenama Scott  model Addict R3 yang dikeluarkan pada tahun 2010. Bingkai ini aku beli 2nd hand  dengan harga RM4000. Kalau baru, harganya RM7800. Tapi, model ini sudah pun diberhentikan pengeluarannya dan digantikan dengan model Foil yang bingkainya berbentuk aero dan semestinya lagi gempak daripada model basikal aku. Tahap kecantikannya jugak setaraf Catherine Zeta Jones di awal umur 20-an! Ok, lupakan tentang Catherine Zeta Jones dan kembali kepada cerita basikal aku - Bingkainya berkarbon penuh dengan berat hanya 890 gram...

Kronologi Sepanjang 360 Hari Yang Lalu

Imej
Okey, sama-sama ikut aku menyanyi lagu Hari Jadi sambil diselangi tiupan trompet: Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi Pahlawan... Selamat Hari Jadi... Oh, terima kasih kerana turut sama menyanyikannya bersama-sama aku. Sesungguhnya aku sangat terharu. Jangan salah faham. Sebenarnya, hari ini bukanlah hari jadi aku. Sebaliknya, hari ini adalah genapnya setahun aku mengayuh basikal lumba. Sepanjang 360 hari yang lepas, pelbagai perkara yang telah terjadi dan segalanya tak pernah aku bayangkan. Daripada berbasikal biasa-biasa hinggalah kepada basikal luar biasa yang hampir-hampir diluar kemampuan aku! Marilah ikut aku mengembara dengan mesin masa jenama Scott yang aku cipta ini; khusus mengimbau kronologi yang nonkriminal tentang aku dan basikal: Sabtu, 16 October 2010 22 hari sebelum berbasikal - Hari ini hari Sabtu dan seperti biasa, aku mulakan larian aku jam 7:45 pagi. Dalam 500 meter berlari, aku mula rasakan lutut kiri aku sengal-sengal. Aku s...

Kisah Sedih dalam Gembira - Selamat Tinggal BMC SSX Streetfire

Imej
Hari Khamis baru-baru ni, aku dapat sa-biji bingkai basikal baru yang berjenama Scott model Addict R3 yang dikeluarkan pada tahun 2010. Jadi, secara rasminya inilah basikal karbon penuh pertama aku. Bingkai Scott Addict R3 2010. Semalam, aku pergi ke Rodalink Putrajaya untuk memasang basikal baru ni. Komponen-komponen basikal BMC aku pindahkan ke bingkai Scott. Proses ini dijayakan oleh Lee, iaitu seorang mekanik bertauliah dari Rodalink. Sesiapa yang tak kenal siapa beliau, sila ke sini . BMC SSX Streetfire 2009 dalam kenangan. Selamat datang ke dalam hidup aku! Proses pemasangan mengambil masa selama 3 jam 30 minit dan aku sedikit pun tak bosan apabila berada di dalam kedai basikal. Rodalink Putrajaya - BMC aku sudah berjaya dibogelkan tanpa belas kasihan. Rodalink Putrajaya - Lee sedang melakukan ritual tanpa sebarang Keminyan Bunian; hanya spana sahaja sudah mencukupi. Setelah segalanya sempurna terpasang, aku pun buat kayuhan percubaan sejauh 1 km d...