Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel saham

Novel Sulung Aku: Krisis Foxtrot - Kontra

Imej
Semenjak COVID-19 melanda negara kita, aku memang langsung tak berbasikal. Paling terkini aku berbasikal adalah pada minggu lepas. Itu pun setelah hampir seminggu PKPB diumumkan. Barulah aku berani nak kayuh basikal secara solo. Tapi, pos kali ini aku bukanlah nak bercerita pasal COVID-19 atau basikal sangat. Aku cuma nak umumkan yang novel aku sudah pun dicetak. Sekiranya korang belum tahu, aku pernah menulis tentang ini di pos beberapa tahun lalu. Jemput baca: http://www.brekkejap.com/2016/12/susurmasa-2016-azam-azam-yang-terlaksana.html Cerita bertajuk KONTRA yang aku tulis pada 2016 sudah dicetak. Tapi cetakannya tak banyak dan hampir habis. Di kedai-kedai buku pula masih belum ada. Aku difahamkan selepas PKP ini tamat, barulah akan dicetak dalam kuantiti yang lebih besar untuk diletakkan di kedai-kedai buku. Masalahnya, bila isu COVID-19 dan PKP ini tamat, kita semua pun tak tahu. Selagi vaksin belum jumpa, kita kekal dengan gaya kehidupan yang macam sekarang ni lah. Nak pergi ker...

Susurmasa 2016: Azam-azam yang Terlaksana

Imej
Macam tak percaya sepanjang tahun 2016 aku menulis dalam blog ni cuma 2 pos je. Kalau termasuk pos yang terbaru ni kiranya 3 lah jadinya. Bukan apa, ada juga aku terfikir setiapkali mahu mengemaskini blog ni: masih ada lagi ke orang baca apa yang aku taip dalam blog ni? Lagipun aku dah takde basikal nak kayuh macam dulu-dulu. Oleh itu tiadalah cerita pengembaraan berbasikal daripada aku seperti sebelum ni. Rasa macam malu pulak memikul gelaran Pahlawan Basikal. Lainlah Pahlawan Melaka zaman dulu-dulu. Walaupun takde keris, dia masih boleh lagi bersilat ikut sedap hati dia. Macam aku ni, basikal pun takde, nak kayuh apa kebendanya. Aku banyak membaca novel tahun ni. Nak belajar menulis, kenalah banyak membaca. Melainkan aku beli basikal baru... basikal baru ye? Tengoklah macam mana tahun 2017 nanti. Kalau ada duit lebih, aku beli le basikal apa pun. Janji basikal. Folding bike pun takpe. Basikal juga... Sepanjang tahun 2016 ni aku sebenarnya agak sibuk juga walaupun ta...