Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rocket ride

Rocket Ride oleh Maxxis - Moh ke Lenggeng kite!

Imej
Pada Ahad baru-baru ini (24 Februari 2019) aku berpeluang sertai sekumpulan besar seramai 78 orang ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka semua ini terdiri daripada Pahlawan Basikal yang mempunyai kepakaran bertempur dalam hutan, jalan raya mahu pun bukit bukau. Sebenarnya, aku pun gerun juga bila tiba di tapak perhimpunan pada pagi itu. Masing-masing dengan senjata canggih dan moden. Jika hendak dibandingkan dengan aku, handle bar pun serupa tukul besi — berat nak mampus! Jemput tengok video di atas ini. Segala emosi berada di dalamnya. Sebenarnya aku kekurangan informasi tentang kayuhan ini pada mulanya. Aku agak terkejut juga apabila terlihat di persekitaran pada waktu itu seakan ada mini event . Di situ terdapat mini booth memaparkan acara tersebut ditaja oleh MAXXIS. Seperti tersedia maklum, rata-ratanya tahu MAXXIS memang mengeluarkan produk tayar basikal yang lazat berkrim. Harganya pun boleh tahan jugalah. Sedang melakukan demo mekanikal oleh kakitangan MAXXIS be...