Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel reunion

Hanya Boleh Merancang Sahaja...

Imej
Aku baru sahaja pulih daripada demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Punyalah aku menjaga kesihatan agar rancangan untuk turut serta acara Reunion NOGLB @ PNR pada minggu lalu berjalan lancar. Tapi itulah... kita hanya boleh merancang sahaja. Cuma ianya belum tentu menjadi... Walaupun aku agak kurang kayuhan sepanjang beberapa minggu ini. Tetapi setiap Jumaat malam aku tidak akan lepaskan peluang untuk kayuh basikal dalam Putrajaya. Dapat 40 kilometer pun jadilah daripada tidak ada apa-apa langsung. Aku bersama dua orang rakan lain kayuh sekitar 55 kilometer memasuki Cyberjaya sebelum pulang ke Putrajaya. Waktu itu sudah ada signal bahawa perancangan aku tidak berjalan dengan lancar. Ini kerana kamera Gorpo aku tidak boleh dihidupkan pada ketika itu. Maka sepanjang kayuhan tiada vlog secara total. Setelah pulang ke rumah, aku dapati sebenarnya kamera aku kehabisan bateri. Aku cukup yakin dua hari lepas aku sudah pun mengecas sehingga penuh. Hingga ke saat ini ianya tinggal mi...