Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel rempat

Kesengsaraan Berakhir dengan Senyuman

Imej
Minggu lepas aku sudah hendak menulis cerita baru dalam blog ni. Tapi disebabkan mood aku yang agak kacau — masih menunggu jawapan dari penerbit berkenaan dengan manuskrip yang aku hantar pada 6,998,400 saat yang lalu; membantutkan sebarang cerita yang hendak ditulis. Sepanjang melalui 6,998,400 saat itu sangatlah menyiksakan. Sudah beberapa kali aku bermimpi manuskip aku itu ditolak oleh penerbit. Mimpi manuskrip aku ditolak bukanlah sekali, tapi berkali-kali. Sepanjang 2016, beribu ringgit jugaklah habis beli buku. Tertanya-tanya jugak aku kenapa manuskrip aku itu ditolak: "Cerita aku tulis tu tak bagus ke?" "Awek dalam watak cerita aku tu tak cukup cun ke?" "Dah takde mimpi lain ke yang boleh aku mimpi?" Tapi, setakat bertanya ajelah. Mana mungkin aku boleh menjawab persoalan tu semua. Pada hari Selasa baru-baru ini (dua hari lalu), penantian aku pun berakhir. E-mel dari penerbit yang ditunggu-tunggu selama 81 hari lalu menjawab segala ...