Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel powerman 2013

Powerman 2013: Kerja Gila Buat Kali ke-2

Imej
Malakoff Powerman Asian Championships 2013 baru je selesai semalam. Ini maknanya aku berjaya menyelesaikan misi kejam ini buat kali ke-dua. 'Berjaya' di sini maksudnya, aku bangun tidur pagi tadi tak ada sakit-sakit macam tahun lepas; yang sakitnya langsung tak boleh nak duduk dengan sempura. Sembahyang pun normal, tak macam tahun lepas kena duduk atas kerusi. Stok Carbo Loading aku selama seminggu sebelum Powerman . Ini definasi 'berjaya' pada aku lah. Bonusnya pula, aku tamatkan permainan ini 4 jam 30 minit 27 saat. Berbanding tahun lepas iaitu 4 jam 55 minit 31 saat. Ini bermakna aku dapat potong masa tahun lepas punya sebanyak 29 minit 4 saat. Kira oklah tu, kan? Walaupun sasaran aku bawah 4 jam 30 minit. Lagi pun, kedudukan aku secara keseluruhannya tempat ke-88 daripada 393 peserta bagi kategori 30-39 dan melayakkan aku Top 100 . Okey, mari ikuti perjalanan aku yang penuh dengan emosi ini: Sehari Sebelum Upacara Kejam Aku mulakan slow jog ja...