Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel powerman 2012

Saya Sudah Powerman, Anda Bila Lagi?

Imej
Alhamdulillah. Aku berjaya juga habiskan Malakoff Powerman Asian Duathlon Championships 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya di Presint 3, Putrajaya pada 4hb November baru-baru ini. Seperti yang diberitahu, peserta kali ini adalah seramai 1850 orang yang terdiri daripada 30 buah negara seperti Switzerland, Perancis, Belgium, Czech Republic, Rusia, Amerika, Kenya, Jepun, Filipina, Singapura dan beberapa negara yang lain lagi. Jika nak dibandingkan antara aku dengan mereka yang dari negara-negara yang aku sebutkan tadi, apalah sangat — umpama Amir Raja Lawak dengan Daniel Craig. Jangan tak kenal mana satu James Bond, sudah! Okey, lupakan tentang Amir Raja Lawak dan Daniel Craig, mari ikut aku kembali ke susurmasa 4 hari yang lepas... Sabtu, 3 November 2012 Macam biasa, pukul 6:30 pagi aku bangun dari tidur. Jam 7:00 pagi aku keluar untuk jogging sejauh 2 km. Selepas jogging , aku membuat kayuhan 5.3 km untuk memastikan kondisi basikal aku dalam keadaan baik. Segala...

Lagi-lagi Jerebu, Bengang Betul Aku!

Imej
Sejak akhir-akhir ni, walaupun hujan lebat hingga menyebabkan banjir di sesetengah tempat, masih ada jerebu buatan Sumatera dan Kalimantan. Ini membuatkan aku semakin meluat di tahap maksima — menyusahkan aku untuk meneruskan latihan Powerman yang bakal berlangsung dua bulan lagi. Disebabkan jerebu malam tadi aku terpaksa batalkan disaat akhir kayuhan Tripaku Night Ride. Dan aku kerugian mileage 55 km. Pandangan dari PICC, Putrajaya petang semalam. Jerebu ketika ini di tahap 55c. Perancangan asal pada hari Sabtu iaitu hari ini, aku akan menyertai Tri Paku punya latihan Powerman pada jam 7:30 pagi. Disebabkan terlajak tidur, kelam kabut sembahyang subuh, mandi dan ntah apa lagi yang aku buat, jam dah pukul 8:10 pagi. Set jersey ni koleksi peribadi aku dan tak pernah pakai lagi. Pagi tadi aku merasmikan dengan jayanya. Laluan kali ini agak menyongsang daripada laluan yang biasa. Aku nak gunakan laluan Powerman, tapi tak reti pulak. Aku tak cam jalannya. Jadi, aku...

Edisi Mini Powerman di Hari Merdeka

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 kepada para pembaca blog Pahlawan Basikal yang bertaraf Pemastautin Tetap (PR) dan masih belum hilang taraf kewarganegaraannya. Anak-anak yang Merdeka. Di pagi Merdeka ini, seawal 5:15 pagi aku sudah bangun dari tidur untuk menjalankan misi Mini Powerman secara solo sekitar Putrajaya. Oh ye, aku dah pun daftar Powerman kategori Individu pada 31 Julai lepas: Aku ambik kategori Individual . Ini adalah latihan Powerman yang pertama aku sejak bercuti selama dua bulan daripada melakukan apa-apa aktiviti sukan. Sepanjang masa bercuti tersebut, tiada basikal, lari dan berenang. Ini kerana aku memberi 100% perhatian ke atas anak aku, Danial yang aku pernah ceritakan di sini . Seperti yang tersedia maklum, episod Powerman kali ini akan diadakan di Presint 3, Putrajaya pada 4 November 2012. Dan, disebabkan itulah aku membatalkan percutian aku ke Korea pada 1 - 5 November akan datang. Atas tindakan aku ini, aku kehilangan...