Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel powerman

Sangap di Musim Jerebu

Imej
Powerman 2013 bakal menjelang tiba. Ini berita baik – kepada mereka yang tak masuk. Yang masuk, lain pula ceritanya... Pada 7 June lepas, dengan nekadnya aku pun mendaftar  Malakoff Powerman Asian Championships 2013 . Dengan satu harapan, waktu transaksi daripada lari ke basikal dan basikal ke lari dapat dikurangkan sebanyak 50%. Oleh sebab itulah aku mulakan latihan dengan larian ringan pada dua minggu lepas. Pembuka latihan aku lari bersama Encik Danial. Lepas lari, beliau terus demam. Sebenarnya, aku dah lama tak lari. Erti kata lainnya, dah malas nak lari dah. Tapi, disebabkan Powerman aku paksakan diri untuk rajin berlari. Untuk kelihatan segak bergaya sebelum Powerman , aku pun mendaftar Men's Health & Shape Night Run 2013  pada 13 hari lepas. Larian ni tak jauh, cuma 12 km je. Cuma aku mahu tengok bagaimana larian aku selepas melahap lemang dan makanan tradisi Hari Raya Aidilfitri nanti. Untuk waktu normal, berat aku sekitar 65 kg. Aku tak m...