Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel port dickson

Kayuhan ke PD: Episod Ngeri di Bawah Mentari

Imej
Genapnya Tahun Baru 2012, seramai 17 orang Pahlawan Basikal bersedia menyahut cabaran kayuhan 140 km ke Port Dickson, Negeri Sembilan — mewakili setiap suku kaum masing-masing yang menetap sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor Darul Ehsan. Status Facebook aku memanggil kesemua para Pahlawan Basikal untuk berjuang menentang angin, mentari dan segala bahaya di jalanraya. Jam 7:15 pagi, walaupun lambat aku masih sempat mengambil gambar. Janji 7:30 pagi mulakan kayuhan. Tapi, biasalah... Kayuhan bermula agak lewat; iaitu sekitar jam 8:09 pagi. Sebabnya, bukan aku sorang je yang lambat - Ada 4 orang lagi yang lagi lambat daripada aku! Sebahagian Pahlawan Basikal yang dalam keadaan berjaga-jaga. Sedang kutuk mengutuk sambil menunggu 4 orang lagi yang masih dalam perjalanan ke Information Centre, Putrajaya. Kami seterusnya menuju keluar dari Presint 1, Putrajaya dan menuju ke Kampung Limau Manis yang diketuai Faisal. Baru kayuh 3 km dah kena naik bukit. K...