Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel polygon helios f100

Sepanjang 5 Hari di Awal Bulan Puasa

Imej
Hari ini hari ke 5 kita berpuasa - Ini bermakna selama 5 hari aku tak ada langsung aktiviti sukan, baik basikal atau pun berlari. Sekiranya aku ni sebahagian rakyat di Cachimbo, Brazil kemungkinan besar aku akan dihadapkan ke mahkamah Juvana dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Walaupun di awal minggu Ramadan ni tanpa aktiviti sukan, aku masih penuhkan masa aku dengan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati aku sendiri - Menunggu barang-barang ebay yang aku beli. Setakat ni, baru satu barang je sampai iaitu jersey Kelly Benefit Strategies - OptumHealth Pro Cycling : eBay - Pakej yang aku beli 2 minggu lepas di eBay. eBay - Jersey Kelly Benefit Strategies eBay - Buatan U.S.A Jersey ini aku beli dengan harga USD34.84 dan penghantarannya mengambil masa selama 12 hari. Kualiti kainnya juga berbeza dengan jersey buatan China yang pernah aku pakai. Satu barang dah sampai dan lagi 3 barang masih dalam perjalanan. Beberapa Jersey, Seluar dan Kasut untuk Dijual Oh y...

Pengorbanan Terbesar Seorang Pengayuh Tegar

Imej
Hari ni seharian aku ada di rumah menjaga anak-anak aku. Isteri aku ada perlawanan bola jaring. Ikut perancangan asal, sepatutnya aku mengikut beberapa pengayuh tegar dari Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya sejauh 120 km. Okey, untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bermula dengan basikal Polygon Helios F100 flat bar yang dibeli dengan harga RM1140. Aku pakai dalam 3 bulan dan jual kepada kawan sepejabat aku bulan lepas. Sekarang ini aku pakai basikal BMC. Setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan kondisi basikal tersebut: BMC Street Fire SSX - Saiz 49 cm. Kos keseluruhan RM4000. Untuk mendapatkan basikal BMC ni, aku terpaksa melakukan pengorbanan terbesar setakat ini; Iaitu menjual gitar kesayangan aku - CORT G254. Ini untuk menampung kos menaik taraf group set Shimano 105 yang berharga RM1850. CORT G254 - Hanya tinggal kenangan. Oh ye, smalam aku pergi melawat rakan seangkatan pengayuh tegar di Damansara Specialist. Beliau cedera akibat terja...