Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel picc

Lagi-lagi Jerebu, Bengang Betul Aku!

Imej
Sejak akhir-akhir ni, walaupun hujan lebat hingga menyebabkan banjir di sesetengah tempat, masih ada jerebu buatan Sumatera dan Kalimantan. Ini membuatkan aku semakin meluat di tahap maksima — menyusahkan aku untuk meneruskan latihan Powerman yang bakal berlangsung dua bulan lagi. Disebabkan jerebu malam tadi aku terpaksa batalkan disaat akhir kayuhan Tripaku Night Ride. Dan aku kerugian mileage 55 km. Pandangan dari PICC, Putrajaya petang semalam. Jerebu ketika ini di tahap 55c. Perancangan asal pada hari Sabtu iaitu hari ini, aku akan menyertai Tri Paku punya latihan Powerman pada jam 7:30 pagi. Disebabkan terlajak tidur, kelam kabut sembahyang subuh, mandi dan ntah apa lagi yang aku buat, jam dah pukul 8:10 pagi. Set jersey ni koleksi peribadi aku dan tak pernah pakai lagi. Pagi tadi aku merasmikan dengan jayanya. Laluan kali ini agak menyongsang daripada laluan yang biasa. Aku nak gunakan laluan Powerman, tapi tak reti pulak. Aku tak cam jalannya. Jadi, aku...

Latihan Lari Bersama Perantis

Imej
Agak lama jugak le aku tak lari sejak akhir-akhir ni. Kalau tak silap aku, mau 3 minggu aku cipta alasan tersendiri seperti: Baru lepas hujan, jalan basah boleh tergelincir Badan letih sebab baru balik kerja Cuaca panas, tak elok sebab boleh dehydrate cepat Badan tak sihat Dalam empat senarai yang aku berikan tadi, hanya satu sahaja yang sebenarnya boleh pakai - Badan tak sihat. Dalam sebulan dua ni, Putrajaya kerap hujan dan cuaca juga agak panas. Dalam seminggu badan aku tak berapa sihat. Tak lama lepas tu aku sakit tekak, selsema, batuk dan terus demam. Lepas baik demam dalam sehari, esoknya demam balik. Kahak jangan cakaplah... Lagipun tayar basikal aku baru sahaja koyak Isnin lepas ketika berbasikal bersama Team Tri-Paku ke LCCT, Sepang. Aku terpaksa pulang menaiki teksi akibat koyak pada tayar agak serius dan perlu ditukar dengan yang baru. Tri-Paku ketika berbasikal ke LCCT, Sepang. Ketika ini, aku sudah pun pulang menaiki teksi. *Gambar hak milik Mosy...

Kayuhan TRI PAKU: Tempat Berkumpul Setiap Rabu & Jumaat di Putrajaya

Kepada mereka yang teringin sangat nak turut serta kumpulan pengayuh tegar sekitar Putrajaya setiap Rabu dan Jumaat, pukul 9.00 malam, sila berkumpul di Information Centre, Putrajaya. Sila lihat peta di bawah untuk lokasi perhimpunan ritual sebelum kayuhan bermula: View Information Centre in a larger map Kalau masih lagi tak faham di mana kedudukan Information Centre, anda juga boleh ke Masjid Putra; Betul-betul mengadap pintu masjid. Kemungkinan di situ ada ramai kumpulan basikal. Tetapi, cuba bertanya adakah mereka pengikut kumpulan TRI PAKU. Jika jawapannya "YA" - Tahniah, anda sedang menuju kepantasan maksima pada malam itu! Sekali lagi untuk keterangan lebih lanjut: Lokasi berkumpul: Information Centre, Putrajaya (Kawasan Pakir Kereta) Waktu berkumpul: 9.00 malam Waktu mula kayuhan: 9.25 malam tepat. Laluan: Masjid Putra - PICC - Bukit Alamanda - Cyberjaya - PICC - Masjid Putra Jarak perjalanan: 42 kilometer Jenis Basikal: Road Bike atau Mountain Bike K...