Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel perez

Genting Peras — Kesengsaraan Aku, Kegembiraan anda

Imej
Aku ingatkan kayuh basikal ni senang. Senang maksudnya sambil kayuh kita boleh ketawa. Kemudian kita akan sembang-sembang dengan teman seperjuangan tentang lagu-lagu kegemaran kita masa muda-muda dahulu. Tapi... Dua hari lepas aku ke Genting Peras, Negeri Sembilan. Satu badan cramp . Memang haru betul! Jemput tengok vlog aku sepanjang perjalanan ke Genting Peras. Seperti biasa, aku adalah manusia paling awal tiba di tapak perhimpunan di hadapan Restoran Shaban Maju Presint 15. Lebih kurang dalam 10 minit menunggu, seorang demi seorang mula munculkan diri; Aar, Norman dan Jaja; menjadikan empat orang keseluruhannya. Baru memasuki daerah Semenyih menuju ke Genting Peras. Tepat jam 7:30 pagi kami berempat bergerak ke Bangi dan difahamkan dua orang sedang menunggu di sana. Ini menjadikan misi ke Genting Peras ketika ini seramai enam orang. Aku memang hendak sangat kembali ke Genting Peras. Sudah lama aku tak merasa keperitan mendaki bukit yang melingkar sejauh 9.5 kil...

Kayuhan Nafsu ke Hulu Langat

Imej
Aku namakan kayuhan Ahad semalam adalah Kayuhan Nafsu. Ini kerana seminggu tak kayuh basikal yang disebabkan hujan rahmat setiap malam di sekitar Putrajaya. Aku sebenarnya hanya mengikut Jami Centre Team (Aku namakan kumpulan ni sempena nama kedai basikal Jami). Aku pun tak tau pun sebenarnya ke mana arahnya kayuhan kali ini. Tapi yang pasti kayuhan kali ini berkemungkinan besar sejauh 80 km - Memandangkan jumlah yang menyertai kayuhan kali ini dalam lingkungan 20 orang. Aku bersama Iskandar di hadapan kedai basikal Jami Centre, yang terletak di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang.  Sudah bersedia untuk melancarkan senjata masing-masing. Kayuhan bermula jam 7.30 pagi. Laluannya pula melewati Kajang - Semenyih - Hulu Langat - Perez (sempadan Jelebu, Negeri Sembilan) - Batu 9, Cheras - Kajang. Secara puratanya, kelajuan dalam sekitar 27 km/j: Pada aku, ada beberapa bukit yang agak mencabar iaitu sekitar empangan di Jalan Sungai Lalang dan Perez. Laluan melalui em...