PECAH CERMIN KERETA & CURI BARANG. 4 KAWASAN PANAS DALAM PUTRAJAYA!
Sebenarnya, sudah lama aku nak menulis tentang beberapa kes jenayah yang pernah terjadi ke atas rakan-rakan seperjuangan aku; iaitu tingkap kereta dipecahkan dan barang-barang berharga seperti beg duit dan telefon di curi. Benda ini kritikal dan perlu dihebahkan kepada kawan-kawan mahu pun ahli keluarga kita yang mahu beriadah di dalam Putrajaya. Bukan semua tempat selamat dan sebenarnya banyak kejadian seperti ini berlaku dalam putrajaya. Cermin kena pecah di tapak parkir. Barang hilang. Baru-baru ini tersebar berita (tahun lepas pun ada juga) yang beberapa lokasi di kawasan apartment dalam Putrajaya terjadinya kes rin kereta dicuri. Ianya terjadi di beberapa lokasi seperti di Presint 17, Presint 9, Presint 7 dan Presint 5. Presint 5 juga pernah juga terjadi aktiviti pecah rumah suatu ketika dahulu. Aku dimaklumkan perompak dan seorang pengawal keselamatan ketika itu bersetongkol membuat kerja ini. Berita baiknya, kes ini berjaya dipatahkan dan pengawal keselamatan tersebut...