Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pahlawan basikal

Susurmasa 2019: Tahun yang PALING MENCABAR!

Imej
Assalamualaikum, Salam 1Basikal dan Selamat Tahun Baru 2020. Dalam tak sedar, dah setahun aku bervlog di YouTube — berkongsi aktiviti-aktiviti berkaitan basikal bersama kawan-kawan mahu pun kayuhan solo dalam Putrajaya. Sebelum ini aku tak terfikir atau merancang langsung untuk bervlog. Apatah lagi nak tunjuk kat orang video aku kat YouTube. Aku bukannya reti bercakap depan kamera. Lagi pun tak pernah aku buat kerja macam ni sepanjang aku hidup. Bercakap sambil menghalakan lensa kamera tepat ke muka sendiri, dan kemudian kena bercakap. Bila aku tengok muka sendiri yang sedang bercakap dalam video, dah serupa muka menteri kena tangkap polis disabitkan rasuah — kelat je muka aku. Ha-ha! Lama kelamaan aku sudah biasa tengok muka sendiri dalam video. Cakap apa sahaja yang aku nak cakap dan kayuh basikal dengan hati yang gembira. Walau pun beratus kali pusing tempat yang sama. Disebabkan aku suka kayuh basikal, perasaan gembira itu tetap ada dalam jiwa. Mungkin itu sebabnya orang ya...

Kenapa Aku Tak Masuk Powerman 2020?

Imej
Sekarang ni ramai yang kaki lari dan berbasikal sibuk dengan agenda yang boleh dikatakan penting jugaklah — POWERMAN MALAYSIA 2020 pada 14 - 15 Mac 2020 pada tahun hadapan. Dan, aku pulak mencari pasal dalam ruangan Youtube Community Pahlawan Basikal dengan bertanyakan satu soalan pelik yang mudah ini: Salah  timing , salah waktu. Hasilnya betul-betul cari pasal... 487 nyawa yang datang mengundi pulak tu. Cis! Setelah difikirkan semasak-masaknya, aku umumkan bahawasanya aku tak masuk acara 60km lari, 60km berbasikal, dan sekali lagi kena berlari 60km. Seperti yang pernah aku cerita dalam blog ini, sudah dua kali aku turut sama memeriahkan acara pelik ini iaitu pada tahun 2012 dan juga 2013: Powerman 2012: http://www.brekkejap.com/2012/11/saya-sudah-powerman-anda-bila-lagi.html Powerman 2013: http://www.brekkejap.com/2013/10/powerman-2013-kerja-gila-buat-kali-ke-2.html Waktu itu umur aku dipertengahan 30an. Banyak tenaga lagi dan akal pendek — pantang dicaba...