Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel novel

Novel Sulung Aku: Krisis Foxtrot - Kontra

Imej
Semenjak COVID-19 melanda negara kita, aku memang langsung tak berbasikal. Paling terkini aku berbasikal adalah pada minggu lepas. Itu pun setelah hampir seminggu PKPB diumumkan. Barulah aku berani nak kayuh basikal secara solo. Tapi, pos kali ini aku bukanlah nak bercerita pasal COVID-19 atau basikal sangat. Aku cuma nak umumkan yang novel aku sudah pun dicetak. Sekiranya korang belum tahu, aku pernah menulis tentang ini di pos beberapa tahun lalu. Jemput baca: http://www.brekkejap.com/2016/12/susurmasa-2016-azam-azam-yang-terlaksana.html Cerita bertajuk KONTRA yang aku tulis pada 2016 sudah dicetak. Tapi cetakannya tak banyak dan hampir habis. Di kedai-kedai buku pula masih belum ada. Aku difahamkan selepas PKP ini tamat, barulah akan dicetak dalam kuantiti yang lebih besar untuk diletakkan di kedai-kedai buku. Masalahnya, bila isu COVID-19 dan PKP ini tamat, kita semua pun tak tahu. Selagi vaksin belum jumpa, kita kekal dengan gaya kehidupan yang macam sekarang ni lah. Nak pergi ker...

Kesengsaraan Berakhir dengan Senyuman

Imej
Minggu lepas aku sudah hendak menulis cerita baru dalam blog ni. Tapi disebabkan mood aku yang agak kacau — masih menunggu jawapan dari penerbit berkenaan dengan manuskrip yang aku hantar pada 6,998,400 saat yang lalu; membantutkan sebarang cerita yang hendak ditulis. Sepanjang melalui 6,998,400 saat itu sangatlah menyiksakan. Sudah beberapa kali aku bermimpi manuskip aku itu ditolak oleh penerbit. Mimpi manuskrip aku ditolak bukanlah sekali, tapi berkali-kali. Sepanjang 2016, beribu ringgit jugaklah habis beli buku. Tertanya-tanya jugak aku kenapa manuskrip aku itu ditolak: "Cerita aku tulis tu tak bagus ke?" "Awek dalam watak cerita aku tu tak cukup cun ke?" "Dah takde mimpi lain ke yang boleh aku mimpi?" Tapi, setakat bertanya ajelah. Mana mungkin aku boleh menjawab persoalan tu semua. Pada hari Selasa baru-baru ini (dua hari lalu), penantian aku pun berakhir. E-mel dari penerbit yang ditunggu-tunggu selama 81 hari lalu menjawab segala ...

Susurmasa 2016: Azam-azam yang Terlaksana

Imej
Macam tak percaya sepanjang tahun 2016 aku menulis dalam blog ni cuma 2 pos je. Kalau termasuk pos yang terbaru ni kiranya 3 lah jadinya. Bukan apa, ada juga aku terfikir setiapkali mahu mengemaskini blog ni: masih ada lagi ke orang baca apa yang aku taip dalam blog ni? Lagipun aku dah takde basikal nak kayuh macam dulu-dulu. Oleh itu tiadalah cerita pengembaraan berbasikal daripada aku seperti sebelum ni. Rasa macam malu pulak memikul gelaran Pahlawan Basikal. Lainlah Pahlawan Melaka zaman dulu-dulu. Walaupun takde keris, dia masih boleh lagi bersilat ikut sedap hati dia. Macam aku ni, basikal pun takde, nak kayuh apa kebendanya. Aku banyak membaca novel tahun ni. Nak belajar menulis, kenalah banyak membaca. Melainkan aku beli basikal baru... basikal baru ye? Tengoklah macam mana tahun 2017 nanti. Kalau ada duit lebih, aku beli le basikal apa pun. Janji basikal. Folding bike pun takpe. Basikal juga... Sepanjang tahun 2016 ni aku sebenarnya agak sibuk juga walaupun ta...

Alkisah 322 Hari

Imej
Kali terakhir aku menulis dalam blog ini adalah pada hari Rabu, 13 Januari 2016. Ini bersamaan 322 hari aku tinggalkan blog ini. Kalau sesiapa yang mengandung pada hari tersebut, bulan September lepas beliau sudahpun beranak dan anak itu sekarang ini sudah berumur hendak masuk tiga bulan. Sungguh pantas masa berlalu... Menulis draf manuskrip. Walaupun aku tidak mengemaskini blog ini, itu tidak bermakna aku goyang kaki dari subuh hingga ke tengah malam. Walaupun aku sudah menjual basikal kesayangan aku pada tahun lepas, aku masih lagi sibuk membuat perkara-perkara yang sudah lama aku mahu lakukan; seperti menulis buku dan juga berlari keliling tasik Putrajaya. Menyentuh sedikit berkaitan basikal: Habis barang basikal aku buka satu persatu dan dijual berasingan. Dura Ace CS-7900 adalah barangan yang paling mahal berjaya dijual iaitu RM3,050. Mengikut rekod aku di Dailymile, Dura Ace tersebut sudah mengembara sejauh 8,919.67 kilometer. Manakala frame Scott R3 tahun 2011 pula...