Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel nite ride

Tri-Paku Nite Ride: Laluan Sejauh 43 km yang Selesa

Imej
Setiap Jumaat sememangnya hari kayuhan kesihatan Tri-Paku Night Ride; dan berbelas-belas penunggang basikal turut serta. Pelbagai jenama basikal akan ada seperti Scott, Specialized, BMC, Pinarello, Proton, Fondriest, Merida dan jugak jenama-jenama yang aku sendiri tak ingat namanya. Tetapi, malangnya aku tak dapat turut serta kayuhan kesihatan yang berprestij ini akibat betis aku tercedera sejak Rabu lepas. Ikut hati memanglah nak kayuh jugak. Tetapi, atas nasihat jurulatih ilusi aku melarang aku daripada terus mengikut hati. Tak apalah, sebagai menunjukkan komitmen terhadap kayuhan tersebut, aku menawarkan diri sebagai kereta pengiring. Tugas aku adalah menarik pelaton selaju 45 km/j sejauh 43 km. Seorang Ahli Bomba sedang mengepam basikal. Seorang usahawan dengan jersi Tri-Paku. Kayuhan bermula jam 9:50 malam dan ianya agak lewat seperti biasa yang sepatutnya 9:30 malam. Laluan juga sudah sedikit bertukar dan ianya lebih banyak bukit daripada laluan yang sebelumnya. ...

Laluan Kayuhan Basikal di Putrajaya setiap Rabu & Jumaat

Imej
Kali ini aku mahu bercerita tentang laluan kayuhan basikal setiap Rabu dan Jumaat. Laluan tersebut melewati Putrajaya hingga lah ke Cyberjaya sejauh 42 kilometer. Biasanya kami akan mulakan kayuhan bermula daripada Info Centre atau Masjid Putra dan melalui sepanjang jalan Presint 2 hingga ke PICC. Ianya sejauh 7 km dan sepanjang laluan tersebut hanya untuk sesi panaskan badan. Ini acara bebas; nak main cadence ke, nak sprint ke, atau nak mengorat awek-awek di tepi jalan ke, ianya terpulang; kerana sebentar lagi akan tiada masa untuk semua itu! Kawasan PICC - Sesi panaskan badan akan tamat setelah melewati simpang dihadapan. Laluan ini jauhnya adalah 6 kilometer sebaik sahaja memasuki simpang tadi. Siang hari akan ada ramai sedang berlari. Tapi, apabila malam, akan ada Bangla atau Indonesia baru balik kerja. Bukit pertama sejauh 400 meter yang menuju ke arah Alamanda. Bukit ke dua sejauh 1 kilometer selepas bukit pertama tadi. Bukit ini biasanya ramai pengayuh ...