Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel multimedia

Kau Kerja Apa Ye?

Imej
Kadang kala masa kayuh basikal ramai-ramai setiap malam Rabu dan Jumaat , dalam kepala aku adakalanya terfikir apa kerja kawan-kawan aku sampaikan boleh pakai basikal mahal-mahal. Nak jugak bertanya, tapi biasanya boleh terlupa nak tanya. Ye lah, masa kayuh laju-laju bukannya boleh ingat apa sangat. Kadang-kadang ada jugak yang tanya aku kerja apa. Jadi, aku pun boleh simpulkan bahawa apa yang aku fikirkan tentang diorang, diorang pun fikirkan benda yang sama kat aku. Dengan ini, aku mengambil kesempatan untuk mengetengahkan perkara tersebut di sini. Dah lama sangat aku mengidam wheel set Reynolds tu. Ok lah, kepada mereka yang ingin tahu apa yang aku kerjakan sepanjang 5 hari seminggu, aku adalah seorang Pereka Multimedia di Agensi Pengiklanan. Kerjanya, buat web dan multimedia. Diharapkan jawapan yang aku berikan tadi tentang pekerjaan aku terjawab sudah. Seiring dengan bidang aku iaitu pengiklanan, aku ada satu minat iaitu menonton iklan. Terutamanya iklan-iklan dari...