Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel metro champ de mars

Hari ke Dua: Menuju ke Paris (Bahagian II)

Imej
...Sambungan Hari ke Dua: Menuju ke Paris (Bahagian I) Percaya atau tidak, sememangnya aku sedang terpacak di hadapan Menara Eiffel. Itulah kenyataannya! Ketika itu, pelbagai jenis manusia dari serata negara berada di situ; daripada Asia hinggalah ke Latina. Sekali-sekala ada jugak tersempak dengan rakyat Malaysia. Bukan susah pun nak bezakan orang Malaysia dengan Indonesia. Sedang berjalan, ada di antara penjual cenderahati di tepi-tepi jalan menegur dalam Bahasa Melayu; "Apa khabar? Malaysia?" . Aku hanya senyum dan menganggukkan kepala. Ini maknanya, rakyat Malaysia mudah dikenali di mata orang asing. Di Menara Eiffel, memang ramai sangat orang. Ada yang sedang berjalan-jalan di bawah Menara Eiffel, ada juga yang sedang beratur untuk naik ke atas menara. Untuk paparan video yang lebih jelas, sila tukar format video di bawah ini kepada HD 1080p: Eiffel Tower - Suasana di bawah Menara Eiffel. Eiffel Tower - Pandangan dari sudut terdekat daripada bawah. ...

Hari ke Dua: Menuju ke Paris (Bahagian I)

Imej
Hari ini 20 April 2011, hari Rabu. Pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur. Kalau waktu Malaysia pula pukul 11.30 pagi. Jadi, tak mustahil aku rasa macam nak pegi kayuh basikal. Mata segar! Pukul 6 pagi dah cerah. Kereta pun tak banyak lagi di jalanraya. Keadaan sekeliling pula agak berkabus. Keadaan bilik sebelum menuju ke Stesen St Pancras. Pukul 7.20 pagi kami berdua keluar daripada hostel dan menuju ke stesen St. Pancras International. Keluar je pintu utama hostel, sejuknya macam ada 1,715 unit penghawa dingin keliling pinggang. Masa ni aku pakai tshirt je. Saja nak merasa sejuknya puas-puas. Nampak tak kat belakang tu ada orang tengah naik basikal? Selamba pakai seluar pendek. Waktu ni suhu dalam 7° selsius. Sampai je di stesen St. Pancras, aku terus menuju ke stesen keretapi Eurostar. Nasib baik semalam petang selepas balik daripada Baker Street, aku sempat tinjau di mana letaknya Eurostar dalam stesen St. Pancras. Jadi, mudahlah aku pagi-pagi macam ni; terus ke me...