Yuran Marathon Dah Mahal - Ini penyelesaiannya!
Tahun ini ada juga aku bercadang mahu sertai mana-mana acara larian sekitar 5 hingga 10 kilometer. Tapi apabila tengok yuran penyertaan bagi 5 kilometer pun lebih kurang sama kos mengisi minyak petrol RON95, agak berkira-kira jugalah jadinya. Itu sudah sama kos ulang-alik 100 kilometer aku pergi kerja setiap hari. Sebagai contoh Putrajaya Night Marathon 2016 yang lalu, yuran penyertaan untuk 5 kilometer adalah RM50. Manakala bagi 10 kilometer pula RM60. Bagi tahun 2017, aku tak cek lagi. Mungkin masih RM60 atau mungkin juga naik menjadi RM65. Mana mungkin boleh turun harga jadi RM55 balik. Itu harga enam tahun lalu. Sekarang ni macam malas nak lari sorang-sorang. Lari pun kat area tasik je. Setelah memikirkan semasak-masaknya, dan juga dipandang dari perspektif lain yang lebih positif, harga RM60 bagi kategori 10 kilometer itu agak berbaloi untuk aku. Orang lain aku tak tahu. Tapi untuk aku, ianya berbaloi. Kenapa aku kata berbaloi? Ini kerana sekarang ini aku berlari sudah ...