Susurmasa 2016: Azam-azam yang Terlaksana
Macam tak percaya sepanjang tahun 2016 aku menulis dalam blog ni cuma 2 pos je. Kalau termasuk pos yang terbaru ni kiranya 3 lah jadinya. Bukan apa, ada juga aku terfikir setiapkali mahu mengemaskini blog ni: masih ada lagi ke orang baca apa yang aku taip dalam blog ni? Lagipun aku dah takde basikal nak kayuh macam dulu-dulu. Oleh itu tiadalah cerita pengembaraan berbasikal daripada aku seperti sebelum ni. Rasa macam malu pulak memikul gelaran Pahlawan Basikal. Lainlah Pahlawan Melaka zaman dulu-dulu. Walaupun takde keris, dia masih boleh lagi bersilat ikut sedap hati dia. Macam aku ni, basikal pun takde, nak kayuh apa kebendanya. Aku banyak membaca novel tahun ni. Nak belajar menulis, kenalah banyak membaca. Melainkan aku beli basikal baru... basikal baru ye? Tengoklah macam mana tahun 2017 nanti. Kalau ada duit lebih, aku beli le basikal apa pun. Janji basikal. Folding bike pun takpe. Basikal juga... Sepanjang tahun 2016 ni aku sebenarnya agak sibuk juga walaupun ta...