Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lenggeng

Rocket Ride oleh Maxxis - Moh ke Lenggeng kite!

Imej
Pada Ahad baru-baru ini (24 Februari 2019) aku berpeluang sertai sekumpulan besar seramai 78 orang ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Mereka semua ini terdiri daripada Pahlawan Basikal yang mempunyai kepakaran bertempur dalam hutan, jalan raya mahu pun bukit bukau. Sebenarnya, aku pun gerun juga bila tiba di tapak perhimpunan pada pagi itu. Masing-masing dengan senjata canggih dan moden. Jika hendak dibandingkan dengan aku, handle bar pun serupa tukul besi — berat nak mampus! Jemput tengok video di atas ini. Segala emosi berada di dalamnya. Sebenarnya aku kekurangan informasi tentang kayuhan ini pada mulanya. Aku agak terkejut juga apabila terlihat di persekitaran pada waktu itu seakan ada mini event . Di situ terdapat mini booth memaparkan acara tersebut ditaja oleh MAXXIS. Seperti tersedia maklum, rata-ratanya tahu MAXXIS memang mengeluarkan produk tayar basikal yang lazat berkrim. Harganya pun boleh tahan jugalah. Sedang melakukan demo mekanikal oleh kakitangan MAXXIS be...

Cerita Dua Minggu

Imej
Sekarang ni aku tengah sibuk fokus channel Youtube Pahlawan Basikal. Dalam 24 hari ini aku sudah terbit sebanyak 12 video. Isi kandungan videonya pula terdiri daripada vlog, ulasan produk berkaitan basikal dan juga aktiviti berbasikal aku. Bagi waktu terdekat ini aku akan buat satu lagi kategori berkenaan tip berbasikal. Ini kerana dalam cerita-cerita aku yang lepas melalui blog ini mungkin agak terhad isi kandungan mahupun capaian khalayaknya. Maka, aku fikir ada baiknya aku perkembangkan bentuk penyampaiannya agar lebih luas dan santai — iaitu melalui video. Sekarang ini ramai yang suka menonton Youtube. Aku sendiri pun macam tu, habis video Youtube aku geledah. Daripada video bagaimana mahu menternak ikan paus hinggalah cara-cara membaiki tombol pintu tandas. Walaupun begitu, ini tidak bermakna aku mahu tingalkan terus blog aku ini. Aku pun tak tahu berapa ramai yang membacanya, tapi blog ini ada sentimental value dalam hidup aku. Perlu diingatkan, tidak semua isi kandung...

Kayuhan ke Lenggeng: Inilah Kekejangan yang Sebenar!

Imej
Kali terakhir aku kayuh adalah ketika pengambaran untuk dokumentari tentang Azizulhasni Awang pada Ahad minggu lepas. Itu pun hanya 37.29 km je. Dah le Kuantan Century Ride lagi 2 minggu je; 160 km pulak tu. Patutnya mileage  meningkat. Tapi sebaliknya makin menurun. Tak boleh jadi ni... Dan, pada semalam harinya iaitu 4hb Mac 2012, bertempat di Masjid Putra, Putrajaya, aku dan beberapa rakan lain turut sama bergabung dengan Kumpulan EnCC Enchal. Akibat penggabungan ini, jumlah keseluruhan yang menyertai kayuhan ini meningkat kepada 21 orang. Dalam 9 orang antara kami berkumpul di Info Centre berhadapan dengan bangunan MAMPU sebelum bergabung dengan EnCC Enchal. Bersedia untuk mulakan kayuhan. Tepat jam 8.10, selepas membaca doa selamat yang dibaca oleh Alias, kami semua bergerak menuju ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Kayuhan tidaklah laju mana dan sepanjang kayuhan tersebut aku hanya melayan cadence — pakai crank kecik dan hanya menuka...