Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lari

Edisi Mini Powerman di Hari Merdeka

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 kepada para pembaca blog Pahlawan Basikal yang bertaraf Pemastautin Tetap (PR) dan masih belum hilang taraf kewarganegaraannya. Anak-anak yang Merdeka. Di pagi Merdeka ini, seawal 5:15 pagi aku sudah bangun dari tidur untuk menjalankan misi Mini Powerman secara solo sekitar Putrajaya. Oh ye, aku dah pun daftar Powerman kategori Individu pada 31 Julai lepas: Aku ambik kategori Individual . Ini adalah latihan Powerman yang pertama aku sejak bercuti selama dua bulan daripada melakukan apa-apa aktiviti sukan. Sepanjang masa bercuti tersebut, tiada basikal, lari dan berenang. Ini kerana aku memberi 100% perhatian ke atas anak aku, Danial yang aku pernah ceritakan di sini . Seperti yang tersedia maklum, episod Powerman kali ini akan diadakan di Presint 3, Putrajaya pada 4 November 2012. Dan, disebabkan itulah aku membatalkan percutian aku ke Korea pada 1 - 5 November akan datang. Atas tindakan aku ini, aku kehilangan...

Lanun di Men's Health & Shape Night Run 2011

Imej
Pada hari Sabtu 30hb Julai lepas, aku berkesempatan menghadiri larian  Men's Health & Shape Night Run 2011 di Putrajaya. Larian tersebut bermula di hadapan Palace of Justice  pada jam 8.30 malam dan ianya sejauh 12.3 km. Sebenarnya, aku menyertai acara ini tanpa mendaftar. Ini adalah disebabkan acara ini terlalu mendapat sambutan luar biasa dan mengakibatkan pendaftaran ditutup lebih awal. Aku sudah usaha sehabis daya sehinggakan menghubungi pihak penganjur melalui telefon - Jawapan yang aku terima ternyata hampa. Pukul 1.30 petang, aku sempat makan spegeti. Aku masak sendiri tau! Ketika aku sampai, orang dah nak mula lari. Masa acara bermula, telefon Sony Ericsson Vivaz Pro aku buat hal pulak. Tengah ambik gambar, boleh pulak hanged . Jadi, aku terlepas babak terpenting dalam sejarah Men's Health & Shape Night Run - Aku terlepas babak ketika larian dimulakan! Berseni habis gambarnya. Sampaikan lubang hidung ada berapa pun tak nampak. Dah le banyak bua...