Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kronologi

Kronologi Sepanjang 360 Hari Yang Lalu

Imej
Okey, sama-sama ikut aku menyanyi lagu Hari Jadi sambil diselangi tiupan trompet: Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi... Selamat Hari Jadi Pahlawan... Selamat Hari Jadi... Oh, terima kasih kerana turut sama menyanyikannya bersama-sama aku. Sesungguhnya aku sangat terharu. Jangan salah faham. Sebenarnya, hari ini bukanlah hari jadi aku. Sebaliknya, hari ini adalah genapnya setahun aku mengayuh basikal lumba. Sepanjang 360 hari yang lepas, pelbagai perkara yang telah terjadi dan segalanya tak pernah aku bayangkan. Daripada berbasikal biasa-biasa hinggalah kepada basikal luar biasa yang hampir-hampir diluar kemampuan aku! Marilah ikut aku mengembara dengan mesin masa jenama Scott yang aku cipta ini; khusus mengimbau kronologi yang nonkriminal tentang aku dan basikal: Sabtu, 16 October 2010 22 hari sebelum berbasikal - Hari ini hari Sabtu dan seperti biasa, aku mulakan larian aku jam 7:45 pagi. Dalam 500 meter berlari, aku mula rasakan lutut kiri aku sengal-sengal. Aku s...