Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel konvoi

Dengan Rendah Dirinya, Aku Kembali Kayuh

Imej
Aku nak mulakan ayat pun dah tak berapa nak reti macam mana akibat terlampau lama tak kemaskini blog ni. Jari dan sendi-sendi tangan sudah keras — Sama rasa macam aku kayuh basikal, punggung kebas, peha macam nak kejang dan bahu rasa beban. Oh ye, berat badan aku sudah pun cecah 70 kg akibat beberapa otot mula nak berkembang. Aku rasa dah cukup untuk aku dan tiba masanya aku mula kayuh basikal. Tapi tak adalah macam dulu-dulu; segala benda nak laju dan selagi 'heart rate' tak cecah 99% itu bukan kayuh basikal namanya. Aku dah tak boleh ikut Putrajaya Night Ride macam dulu-dulu. Mahu pun kayuhan hujung minggu yang melebihi 100 km jauhnya, memang nahaslah aku. Sebagai pembuka kayuhan, minggu lepas aku ikut kayuh Putrajaya Night Ride untuk menilai tahap kecerdasan aku. Sebelum itu, aku ada daftar 'KONVOI BERBASIKAL 1WILAYAH PERSEKUTUAN 2015' sebagai pelan 'back up' sekirannya aku tumpas di PNR. Konvoi Berbasikal 1Wilayah Persekutuan 2015 Dan, tep...