Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel klia

Kayuh ke KLIA, Spoke Patah, Tayar Pancit

Imej
Semalam aku ada bercerita tentang kayuhan kecemasan aku pada hari Khamis lalu. Walaupun jauhnya cuma 20 km sahaja, namun ianya sedikit sebanyak membantu aku untuk dapatkan sedikit bekalan ketika kayuhan ke KLIA pada Ahad dua hari lepas. Seperti biasa, tempat berkumpul adalah di Restoran Shaban Maju (dulu namanya Restoran Hatija Maju) yang terletak di Presint Diplomatik, Putrajaya. Kami seramai 9 orang bermula jam 7:35 pagi menuju ke persimpangan lampu isyarat Kampung Sungai Merab. Di sini baru aku teringatkan aplikasi Strava dan jam Polar aku terlupa nak aktifkan. Tempat berkumpul setiap hari Ahad. Ceh! Rugi 1 kilometer aku pagi ni... Dari situ kami semua menuju ke Dengkil melalui Institut Genom Malaysia. Sudah lama aku tidak lalu jalan ini. Seingat akulah, kali terakhir adalah 3 atau 4 tahun lalu sewaktu kayuh basikal ke Bagan Lalang. Simpang lampu trafik di Institut Genom Malaysia. Waktu ini masih lagi tidak berapa panas sangat. Lagipun sepanjang laluan in...

Hari Pertama di Kota Bangkok

Imej
Dalam bulan September ni, aku rasa sibuknya dah serupa Menteri Luar yang berkhidmat di Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra. Dengan jemputan-jemputan rumah terbuka, aktiviti riadah berbasikal dan larian, serta lawatan diplomatik ke Bangkok, Thailand selama 4 hari 3 malam. Jerebu yang agak teruk juga satu hal - Sakit tekak, selsema, batuk dan demam terjadi serentak. Seminggu jugaklah aku tak dapat nak kayuh basikal dan berlari. Dalam tak berapa sihat tu jugak aku ke Bangkok, Thailand yang dianjurkan oleh syarikat aku kerja pada 15 September 2011 lalu. Kalau tak silap aku, seramai 80 orang jugaklah turut serta lawatan diplomatik ni; Dan, kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan sepejabat aku dan pasangan masing-masing. KLIA - Sedang menunggu bording pass di kaunter bagasi. Bording Pass ke Bangkok, Thailand. EgyptAir - Di dalam kapal terbang orang Mesir. Tepat jam 10.40 malam, EgyptAir pun berlepas dan tiba di Suvarnabhumi Airport, Bangkok pada jam 11.30 malam waktu Ba...