Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenapa

Kenapa aku BLOG dan VLOG?

Imej
Aku pernah bercerita tentang kenapa aku kayuh basikal pada beberapa bulan lalu. Hari ini aku menulis pula tentang kenapa aku menulis blog dan vlog (video log). Walaupun aku ada merakam topik ini dalam bentuk video dan dimuatnaik ke dalam channel Youtube Pahlawan Basikal , tetapi aku rasakan ada baiknya aku olahkan semula ke dalam bentuk tulisan. Jadi, audiens mempunyai pilihan samada mahu menonton video atau mahu membaca sahaja. Boleh pilih mana satu yang sesuai dengan kehendak semasa. Sekiranya mahu menonton, sila mainkan video aku di bawah ini: Kepada yang mahu membaca, boleh teruskan dengan cerita di bawah ini. Baiklah, mengapa aku sibuk-sibuk menulis dan merakam segala aktiviti berkaitan basikal? Seperti dalam video yang aku muatnaik tempoh hari, aku buat dua perkara ini kerana: Minat Aku minat dengan penulisan. Dalam masa yang sama juga video pun aku minat juga. Ini mungkin kerana aku bekerja dalam bidang kreatif, maka dua benda ini saling berkait rapat antara satu...

Kenapa Nak Kayuh Basikal?

Imej
Aku mula kayuh basikal (waktu sekolah tidak kira ye) penghujung tahun 2010. Aku berhenti kayuh pula tahun 2015. Dan mula kayuh balik pada penghujung tahun 2018. Jadi, sepanjang tahun-tahun tersebut, aku sudah melalui fasa-fasa tertentu dalam kelasnya yang tersendiri. Sewaktu aku jual basikal pada tahun 2015 lalu, ramai juga yang bertanya kenapa aku berhenti dari kayuh basikal. Jawapan selamat ketika itu yang aku berikan adalah, "Nak stop  kejap. Ada duit nanti aku beli basikal baru. Folding bike  pun takpe, janji kayuh." Cuti Krismas 6 tahun lalu. Masa ni kayuh memang laju. Siapa lambat, kena tinggal. Tapi aku rasalah kan, sure diorang ingat aku totally pencen terus dari arena perbasikalan. Bukan apa, aku faham tanggapan sebegitu; ramai yang sudah berhenti kayuh basikal sejak kebelakangan ini. Dan oleh sebab itu aku percaya mereka juga menganggap aku juga akan berhenti daripada kayuh basikal. Dengan kata lain, 'gantung basikal'. Mengikut perancangan, tahu...