Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kemalangan

Wednesday Night Ride: Tragedi Botol Air

Imej
Hari Rabu semalam; bersamaan 22 Februari 2012, seorang rakan yg turut serta Wednesday Night Ride di Putrajaya cedera agak parah akibat terjatuh ketika kayuhan sedang berlangsung. Ketika jatuh, beliau tidak sedarkan diri kerana kepalanya terhentak kuat di jalanraya dan tangannya turut patah pada masa yang sama. Zuraidy Shamsudin mengerang kesakitan ketika diangkat ke atas pengusung milik Hospital Putrajaya. Okey, ceritanya begini... Seperti biasa kami semua akan berkumpul di Information Centre, Putrajaya dan kayuhan bermula jam 9:40 malam. Malam itu hanya seramai 16 orang sahaja dan tidak seperti biasa yang boleh mencecah 28 orang. Dan juga, kelajuan di tahap sederhana dan tidak seagrasif seperti hari-hari sebelumnya. Ketika 300 meter sebelum sampai Tasik Cyberjaya, kami semua memperlahankan kayuhan sekitar 15 - 20 km/j untuk minum dan mengumpul tenaga semula. Ketika inilah Zuraidy yang kedudukannya betul-betul di belakang aku terjatuh. Masa ni ramai daripada kami agak...