Kayuhan di Pagi Ahad: Misi Mendaki Bukit Limau Manis, Kajang
Aktiviti sebagai penutup hujung minggu bagi bulan Oktober dimulakan dengan kayuhan kesihatan yang bermula dari: Presint Diplomatik, Putrajaya > Dengkil > Kota Warisan, Salak Tinggi > De Palma Inn, Sepang > Kampung Limau Manis, Kajang > Presint Diplomatik, Putrajaya. Jam 7:18 pagi sekitar Putrajaya. Sedang menaiki kereta menuju Presint Diplomatik. Tepat Jam 7:45 pagi, kami yang terdiri daripada wakil setiap daerah Wilayah Persekutuan dan Selangor seramai 6 orang mula bergerak keluar daripada Putrajaya menuju ke Dengkil dengan kayuhan cadence . Presint Diplomatik - Sebelum mulakan kayuhan, ambik gambar dulu. Karang masa kayuh memang takkan dapat ambik gambar. Sepanjang laluan daerah Dengkil, kadar kelajuan secara puratanya 38 - 45 km/j. Sekali-sekala terlajak jugak 50 km/j. Tapi, kena kawal sedikit kelajuan sebab perjalanan jauh lagi. Lagipun ada beberapa bukit yang sedang menanti di penghujung kayuhan. Kayuhan diteruskan hingga ke Salak Tinggi, Sepang unt...