Jantung Aku 'Overheated' ke Bagan Lalang
Sudah 3 bulan lebih aku pakai Ridley Noah. Setakat ini aku takde hendak komplen apa-apa; melainkan beratnya sahaja. Aku tahu penyumbang terbesar beratnya adalah parts yang lain-lain seperti wheelsets , handlebar , stem dan juga pedals . Bingkai utamanya memang okey, takde masalah. Oleh sebab itu aku bukan main berani hendak turut serta mereka yang bergelar Pahlawan Basikal dari permukiman yang berbeza ke Bagan Lalang, Sepang. Aku tahu risikonya, tapi nak buat macam mana... Sampai bila aku nak kayuh 60 kilometer je? Oleh sebab itulah aku mahu turut serta mereka — walau pun suatu masa dahulu aku nyaris-nyaris dilucutkan pangkat sebagai Pahlawan Basikal. (...sebenarnya aku telah bermimpi seorang tua bongkok tiga memberi kata putus samada aku mahu meneruskan hobi berbasikal seperti dahulu ataupun tidak. Jika aku berkeras untuk berkata tidak, maka title 'Pahlawan Basikal' akan dilucutkan serta merta.) Sebab itulah esok pagi aku terus ke Kedai Basikal Orbit Cycle yang t...