Gaya Hidup Sihat 2014: Jogging
Aku percaya bermulanya tahun baru ini, ramai yang mula cuba nak ber jogging . Samada keliling rumah mahu pun taman-taman bunga. Tahniah aku ucapkan. Apa yang aku faham, dalam minggu pertama kita nak berubah gaya hidup seperti ber jogging , akan ada satu perasaan malu, janggal dan kekok apabila mata-mata yang memandang. Aku dah rasa semua tu. Awek ni suka ikut aku berlari. Nasihat aku, abaikan dan dalam hati kena tanamkan perkataan ni: "Apa tengok-tengok? Tak apa, tunggu badan aku fit, betis umpama Rabuan Pit, korang akan tau siapa aku; satu hari nanti." Dalam hati je tau. Jangan korang pi jerkah diorang pulak. Diorang sebenarnya tak ambik pusing pun korang nak lari ke, jogging ke, kayuh basikal ke. Sebab itu hanya perasaan dalam diri kita je. Diorang tak ambik port pun. Okey, ada beberapa perkara perlu diingatkan sebelum bermulanya aktiviti berlari iaitu: Baju Seluar Kasut Aplikasi Android / iOS (Sampingan) Tu je. Sukan paling senang nak mula. ...