Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hutchinson intensive clincher

Malang Tidak Berbau!

Imej
Seperti yang tersedia maklum, aku ada sentuh sedikit pada pos aku sebelum ini tentang tiub aku pancit dan pada masa yang sama tayar aku juga terkoyak ketika kayuhan bersama Team Tri Paku ke LCCT, Sepang. Tapi sebelum tu, aku mahu selit sedikit kejadian Ahad minggu lepas, ketika sedang kayuh basikal di 70 km sekitar Putrajaya, meter aku terpelanting dan meter tersebut dilanggar kereta — betul-betul di hadapan mata aku! Meter Cateye aku sudah rosak! Cuba korang bayangkan, dah le meter aku kena langgar dengan kereta depan mata aku. Keesokan harinya pulak, tayar pulak bikin masalah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul tau! Ok, sambung balik cerita tayar aku tadi... Sebenarnya, tiub aku pancit dua kali dan kali ke-tiganya barulah tayar aku terkayok ketika sedang mengepam tiub. Ketika itu aku baru sahaja kayuh sejauh 14 km daripada Pullman Putrajaya. Nasib baik Mosyawir yang lengkap peralatannya ada bersama aku. Dialah yang banyak membantu aku. Ketika ti...