Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari belia negara mei 2011 putrajaya

Lagi-lagi Jerebu, Bengang Betul Aku!

Imej
Sejak akhir-akhir ni, walaupun hujan lebat hingga menyebabkan banjir di sesetengah tempat, masih ada jerebu buatan Sumatera dan Kalimantan. Ini membuatkan aku semakin meluat di tahap maksima — menyusahkan aku untuk meneruskan latihan Powerman yang bakal berlangsung dua bulan lagi. Disebabkan jerebu malam tadi aku terpaksa batalkan disaat akhir kayuhan Tripaku Night Ride. Dan aku kerugian mileage 55 km. Pandangan dari PICC, Putrajaya petang semalam. Jerebu ketika ini di tahap 55c. Perancangan asal pada hari Sabtu iaitu hari ini, aku akan menyertai Tri Paku punya latihan Powerman pada jam 7:30 pagi. Disebabkan terlajak tidur, kelam kabut sembahyang subuh, mandi dan ntah apa lagi yang aku buat, jam dah pukul 8:10 pagi. Set jersey ni koleksi peribadi aku dan tak pernah pakai lagi. Pagi tadi aku merasmikan dengan jayanya. Laluan kali ini agak menyongsang daripada laluan yang biasa. Aku nak gunakan laluan Powerman, tapi tak reti pulak. Aku tak cam jalannya. Jadi, aku...

Edisi Mini Powerman di Hari Merdeka

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55 kepada para pembaca blog Pahlawan Basikal yang bertaraf Pemastautin Tetap (PR) dan masih belum hilang taraf kewarganegaraannya. Anak-anak yang Merdeka. Di pagi Merdeka ini, seawal 5:15 pagi aku sudah bangun dari tidur untuk menjalankan misi Mini Powerman secara solo sekitar Putrajaya. Oh ye, aku dah pun daftar Powerman kategori Individu pada 31 Julai lepas: Aku ambik kategori Individual . Ini adalah latihan Powerman yang pertama aku sejak bercuti selama dua bulan daripada melakukan apa-apa aktiviti sukan. Sepanjang masa bercuti tersebut, tiada basikal, lari dan berenang. Ini kerana aku memberi 100% perhatian ke atas anak aku, Danial yang aku pernah ceritakan di sini . Seperti yang tersedia maklum, episod Powerman kali ini akan diadakan di Presint 3, Putrajaya pada 4 November 2012. Dan, disebabkan itulah aku membatalkan percutian aku ke Korea pada 1 - 5 November akan datang. Atas tindakan aku ini, aku kehilangan...

Himpunan Sejuta Belia: Standard Chartered 5KM Fun Run

Imej
Seperti biasa, jam 6.00 pagi aku dah pun bangun dari tidur. Tapi, hari ini ada special sikit, sebab aku kena berlari di Standard Chartered 5KM Fun Run. Pada masa yang sama, karnival "Himpunan Sejuta Belia - Hari Belia Negara Mei 2011 Putrajaya" sedang berlangsung. Pukul 7.35 pagi di tapak "Himpunan Sejuta Belia - Hari Belia Negara Mei 2011 Putrajaya". Aku keluar rumah pukul 6.55 pagi dan terus berlari ke tempat perhimpunan di mana tempat bermulanya Standard Chartered 5KM Fun Run. Para peserta dah pun ramai ketika aku sampai. Masing-masing aku tengok tak sabar nak berlari sangat. Ketika aku di dalam kelompok semua pelari di garisan permulaan, macam-macam bau minyak wangi ada. Sedangkan aku, baju dah pun basah dengan peluh. Ye lah beb, 4 km aku berlari dari rumah semata-mata nak turut serta acara seperti ini. Para peserta sudah pun ramai di garisan permulaan. Macam-macam style ada. Ini adalah peta laluan sepanjang 5 km tersebut. Baju dah bera...