Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gare du nord

Hari ke Dua: Menuju ke Paris (Bahagian I)

Imej
Hari ini 20 April 2011, hari Rabu. Pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur. Kalau waktu Malaysia pula pukul 11.30 pagi. Jadi, tak mustahil aku rasa macam nak pegi kayuh basikal. Mata segar! Pukul 6 pagi dah cerah. Kereta pun tak banyak lagi di jalanraya. Keadaan sekeliling pula agak berkabus. Keadaan bilik sebelum menuju ke Stesen St Pancras. Pukul 7.20 pagi kami berdua keluar daripada hostel dan menuju ke stesen St. Pancras International. Keluar je pintu utama hostel, sejuknya macam ada 1,715 unit penghawa dingin keliling pinggang. Masa ni aku pakai tshirt je. Saja nak merasa sejuknya puas-puas. Nampak tak kat belakang tu ada orang tengah naik basikal? Selamba pakai seluar pendek. Waktu ni suhu dalam 7° selsius. Sampai je di stesen St. Pancras, aku terus menuju ke stesen keretapi Eurostar. Nasib baik semalam petang selepas balik daripada Baker Street, aku sempat tinjau di mana letaknya Eurostar dalam stesen St. Pancras. Jadi, mudahlah aku pagi-pagi macam ni; terus ke me...