Temuramah: Bersama Ironman Muda
Pahlawan Basikal: Assalamualaikum Lee. Terima kasih kerana sudi luangkan masa dengan aku malam ni. Fadhli Khairon: Waalaikumussalam. Aku pun nak ucapkan terima kasih kat kau kerana sudi menemubual aku :) Pahlawan Basikal: Okey Lee, boleh kau ceritakan serba sedikit tentang diri engkau secara umumnya kepada pembaca blog aku? Fadhli Khairon: Orait, nama aku Fadhli Khairon dan kawan-kawan panggil aku Lee. Bekerja di Rodalink, Putrajaya. Hobi aku berbasikal, lari dan berenang.
Ketika di Port Dickson Triathlon 2011.
Pahlawan Basikal: Bila kau mula berbasikal secara serius? Fadhli Khairon: Aku mula serius sangat dengan basikal ni pada tahun 2007. Inilah pertama kali aku sertai perlumbaan Dualthlon seumur hidup aku. Dualthlon ni dianjurkan oleh UM Malakoff University Siri 2007. Kau boleh ke laman web http://www.duathlonseries.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka. Pahlawan Basikal: Baiklah Lee, sebut tentang basikal, aku ada perasan masa kita kayuh setiap...