Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ezr

EZR Night Ride Setiap Malam Selasa di Putrajaya

Imej
Bulan Raya baru sahaja habis. Dan, sejak kebelakangan ini aku kerap berbasikal dalam Putrajaya. Pagi, malam dan adakalanya sesekali waktu petang. Selalunya aku berbasikal secara berseorangan. Ini kerana agak sukar mendapat rakan berbasikal yang berkelapangan sama waktu macam aku. Kalau aku kelapangan, yang lain belum tentu macam aku. Kalau diorang punyai waktu untuk berbasikal, aku pulak tersadai di pejabat. Tapi, setiap hari Selasa pada sebelah malamnya aku akan cuba sedaya upaya untuk menyertai EZR Night Ride di Putrajaya. Waktu ini ramai yang turut sama berbasikal dalam bawah satu nama iaitu EZR. Jemput tengok promo video EZR di bawah: Sama seperti dahulunya iaitu Putrajaya Night Ride (PNR), banyak kumpulan basikal akan turut memeriahkan acara tersebut. Macam-macam perangai dan ada di antara kami mempunyai  rival peribadi sewaktu berlumba pada malam tersebut. Aku pun ada juga rival tau. Ha-ha! Sebelum kayuh, sesi gambar adalah wajib. (Gambar hak milik Abang Mi...

Kejadian-kejadian Pelik Pada Dua Minggu Lepas

Imej
Minggu lepas sebenarnya banyak kejadian aneh terjadi. Cuma aku tak sempat nak kemaskini blog aku ini. Aku sebenarnya terlalu fokus bervlog dan bekerja keras untuk memajukan isi kandungan channel YouTube aku. Sekiranya anda masih belum subscribe channel Youtube aku, sila klik di bawah ini sambil menonton video-videonya: Hari ini aku mengambil kesempatan di pagi-pagi buta ini untuk bercerita dengan korang melalui blog ini. Kejadian Pelik Pertama Pada 23 Mac 2019 bulan lepas, kayuhan pagi Ahad itu aku disajikan oleh seorang rakan lama dengan basikal barunya. Lebih menarik lagi beliau sudah berhenti kayuh hampir 4 tahun dan mengambil keputusan berani untuk kembali berjuang dengan basikal barunya. Seperti aku juga sebelum ini, kayuhan pertama setelah bercuti panjang amat memeritkan. Sama peritnya putus cinta dengan Selena Gomez. Satu badan seolah-olah sengaja berpakat mahu pedajal aku. Seluruh deria rasa bergabung menjadi satu iaitu hanya deria kesakitan sahaja berfungsi. ...