Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel enchal

Kayuhan ke Lenggeng: Inilah Kekejangan yang Sebenar!

Imej
Kali terakhir aku kayuh adalah ketika pengambaran untuk dokumentari tentang Azizulhasni Awang pada Ahad minggu lepas. Itu pun hanya 37.29 km je. Dah le Kuantan Century Ride lagi 2 minggu je; 160 km pulak tu. Patutnya mileage  meningkat. Tapi sebaliknya makin menurun. Tak boleh jadi ni... Dan, pada semalam harinya iaitu 4hb Mac 2012, bertempat di Masjid Putra, Putrajaya, aku dan beberapa rakan lain turut sama bergabung dengan Kumpulan EnCC Enchal. Akibat penggabungan ini, jumlah keseluruhan yang menyertai kayuhan ini meningkat kepada 21 orang. Dalam 9 orang antara kami berkumpul di Info Centre berhadapan dengan bangunan MAMPU sebelum bergabung dengan EnCC Enchal. Bersedia untuk mulakan kayuhan. Tepat jam 8.10, selepas membaca doa selamat yang dibaca oleh Alias, kami semua bergerak menuju ke Lenggeng, Negeri Sembilan. Kayuhan tidaklah laju mana dan sepanjang kayuhan tersebut aku hanya melayan cadence — pakai crank kecik dan hanya menuka...