Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ebay

Sepanjang 5 Hari di Awal Bulan Puasa

Imej
Hari ini hari ke 5 kita berpuasa - Ini bermakna selama 5 hari aku tak ada langsung aktiviti sukan, baik basikal atau pun berlari. Sekiranya aku ni sebahagian rakyat di Cachimbo, Brazil kemungkinan besar aku akan dihadapkan ke mahkamah Juvana dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997. Walaupun di awal minggu Ramadan ni tanpa aktiviti sukan, aku masih penuhkan masa aku dengan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati aku sendiri - Menunggu barang-barang ebay yang aku beli. Setakat ni, baru satu barang je sampai iaitu jersey Kelly Benefit Strategies - OptumHealth Pro Cycling : eBay - Pakej yang aku beli 2 minggu lepas di eBay. eBay - Jersey Kelly Benefit Strategies eBay - Buatan U.S.A Jersey ini aku beli dengan harga USD34.84 dan penghantarannya mengambil masa selama 12 hari. Kualiti kainnya juga berbeza dengan jersey buatan China yang pernah aku pakai. Satu barang dah sampai dan lagi 3 barang masih dalam perjalanan. Beberapa Jersey, Seluar dan Kasut untuk Dijual Oh y...

eBay: Sidi Cycling Socks & Jakroo Cycling Knee Warmer

Imej
Hari ini ada dua pakej barang daripada Ebay sampai. Penghantaran tidak ambil masa lama mana pun; hanya 11 hari sahaja. Pakej barangan daripada Turkey dan China. Dua barang yang aku maksudkan adalah: Sidi Cycling Socks Coolmax Iride Saiz:40-43: Harga: USD16.90. Jakroo Cycling Knee Warmer. Harga: USD17.99. Dalam masa 30 hari ini, barangan yang aku telah beli di eBay adalah sebanyak: Jumlah dalam Ringgit Malaysia: RM797.48 PS: Ada lagi dua jersey yang aku beli di eBay minggu lepas masih belum sampai. Insyaallah, minggu depan sampai lah tu :D

eBay: Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black

Imej
Sebentar tadi, pakej barang yang aku order melalui eBay minggu lepas sudah selamat sampai. Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black dari Taiwan berharga USD69.99. Stem ini bukan aku punya; Aku cuma tolong belikan untuk brader Norman (salah sorang geng pengayuh tegar setiap Rabu dan Jumaat sekitar Putrajaya). Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black - USD69.99. Ada satu lagi barang belum sampai iaitu Deda Zero 100 Seatpost seat post Black . Mungkin minggu depan sampai kot. Ini pun brader Norman punya... PS: Tapikan, penjual barang ebay kali ni agak pantas - 7 hari dah sampai kat aku. Memang pantas!