Kayuh ke KLIA, Spoke Patah, Tayar Pancit
Semalam aku ada bercerita tentang kayuhan kecemasan aku pada hari Khamis lalu. Walaupun jauhnya cuma 20 km sahaja, namun ianya sedikit sebanyak membantu aku untuk dapatkan sedikit bekalan ketika kayuhan ke KLIA pada Ahad dua hari lepas. Seperti biasa, tempat berkumpul adalah di Restoran Shaban Maju (dulu namanya Restoran Hatija Maju) yang terletak di Presint Diplomatik, Putrajaya. Kami seramai 9 orang bermula jam 7:35 pagi menuju ke persimpangan lampu isyarat Kampung Sungai Merab. Di sini baru aku teringatkan aplikasi Strava dan jam Polar aku terlupa nak aktifkan. Tempat berkumpul setiap hari Ahad. Ceh! Rugi 1 kilometer aku pagi ni... Dari situ kami semua menuju ke Dengkil melalui Institut Genom Malaysia. Sudah lama aku tidak lalu jalan ini. Seingat akulah, kali terakhir adalah 3 atau 4 tahun lalu sewaktu kayuh basikal ke Bagan Lalang. Simpang lampu trafik di Institut Genom Malaysia. Waktu ini masih lagi tidak berapa panas sangat. Lagipun sepanjang laluan in...